Thursday, November 22, 2007

Amalan berhutang kita

Dalam masyarakat kita, amalan berhutang memang sudah menjadi kebiasaan. Nak beli rumah, kereta hatta nak membeli makanan pun pinjam duit kawan. Aku pun kadang-kadang macam tu gak. tapi apa yang aku nak cakap ni. anyak benda yang kita tak perlu pun berhutang semata-mata nak dapat apa yang kita nak. Contohnye nak beli kasut futsall. memang la bersukan tu amalan yang baik tapi berhutang sehingga RM 120 untuk sepasang kasut yang ntah bila nak digunakan pun tak eleok gak. Dan lebih menyedihkan Rm 120 tu plak ambil masa berbulan-bulan nak dilangsaikan. Kalau pinjam denagn ah long tu dah lama dah "kiok".

Ramai antara kita yang reti pinjam je tapi tak reti nak bayar balik. Orang jadi mangsa pinjaman tak bersyarat ni selalunyer ahli keluarga dan kawan-kawan. Bila kita mintak balik duit tu, dia kata "ala,kita kan kawan..bagi la masa sket..". Kalau dipaksa nanti bergaduh pulak. Pening2..
Aku ni pun salah seorangyang selalu bagi pinjam duit kat orang gak tapi aku tengok orang nye macamana dulu. Pernah sekali dulu ada kawan aku pinjam sampai RM 400 tapi sehingga hari ini yang aku ingat dia bayar tak la penuh pun. Itu pun setelah aku bagi diskaun yang banyak sebab takut dia tak bayar. Lagak cam orang kaya (tapi memang pun, pelik kan). Pening2..

Orang yang meminjam ni lihat situasi disatu pihak je - pihak dorang la. Tapi tak pernah pun lihat dari pihat kita yang memberi pinjam. Makan ke kita, ada duit tak kita, tapi sebab ada hubungan kita tolong. Ramai aku rasa ada dalam situasi cam ni.

Mengawal penghutang ni juga satu perkara yag penting sepaya duit kita dapat dijaga. Selain tu aku nak bagi nasihat. Kurang kan la berhutang. Tak pe hidup susah sket tapi jauh dibelenggu masalah hutang. Aku skang hidup denagn cara camni. Duit aku pun bukan berjuta dalam bank. jadi kita kena la
kurangkan berhutang, kurangkan pemiutang
Kepada orang yang berhutang tu, cepat2 la bayar balik pinjaman korang ek. bukan korang je yang susah takde duit dalam dunia ni.. chow

Wednesday, November 7, 2007

Asyik cari duit je...

Nape ek kita asyik cari duit je.. Ada orang cari duit setengahmati. Kerja siang malam tapi duit abis gak. Kadang-kadang tak tau pun kemana duit tu. Sesetengah orang cakap bila gaji besar, cara hidup pun mesti la besar gak. Rumah nak yang besar, kereta nak yang besar, macam-macam lagi la yang besar. Kita sebenarnya asyik dalam leadaan menyerang je. Ye menyerang, asyik cari dan cari duit tapi takda pula nak buat pertahanan. Aku ni bukan la terer pun dalam hal-hal kewangan ni. Tapi dari apa yang aku tau dari pembacaan dan pemerhatian aku. Ada banyak cara nak save dit ni. Nak tau tak? hehe Kalo korang nak tambah lagi bagus.

Antaranya adalah:
  1. Macam biasa la, bila dah dapat duit kena la simpan sket. Simpan dalam tabung ke, bank ke, simpan dalam tabung kebajikan ke (untuk akhirat..). Tak kisah,asal simpan. Macam orang kata:
    sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
  2. Hidup ni hendak lah kita sentiasa berjimat-cermat. Jangan asal dapat duit gaji je seminggu lepas tu dah pinjam dari kawan. Macam mana ni? Silap hari bulan hutang ngan klwan pun bertimbun-timbun. Jangan sampai hilang kawan sudah la...
  3. Dalam kita seronok pergi membeli belah masa-masa perayaan ni. Inagt-ingat la yang duit kita tu terhad. Jadi bandingkan la dulu harga barang-barang yang nak kita beli. Untuk masa camni. Orang pompuan la yang expert. Kaki macam kaki robot, jalan je kerje nye. Ingat bandingkan harga,
  4. Lagi satu, Buat la senarai barang yang nak kita beli supaya tak la nanti terlebih beli. Terkurang beli takpe.
  5. Kalo korang tengik 3R aritu tentang tip membeli barang mahal. Mula-mula tengok harga dulu. Pastu balik umah dulu. Fikir dalam-dalam samaada benda tu penting ke untuk kita. Kadang-kadang kita tak dapat fikir dengan rasional bila kat tempat membeli-belah ni.
  6. Masa aku beli buku Azizi Ali dulu. Aku terbaca satu tip lagi. Iaitu kita ni hidup hendaklah di bawah kemampuan. Kalo hidup sama taraf dengan kemampuan pun masalah gak sebab takda apa lagi yang tinggal untuk kita. Semua dah habis dbelanjakan. Bila di bawah ni adalah juga tak banyak sedikit untuk disimpan nanti.
Em..apa lagi ek? Kalo korang ada idea. Sila la tambah untuk dikongsi bersama. Mungkin nanti aku leh tambah lagi ok :)