Wednesday, November 7, 2007

Asyik cari duit je...

Nape ek kita asyik cari duit je.. Ada orang cari duit setengahmati. Kerja siang malam tapi duit abis gak. Kadang-kadang tak tau pun kemana duit tu. Sesetengah orang cakap bila gaji besar, cara hidup pun mesti la besar gak. Rumah nak yang besar, kereta nak yang besar, macam-macam lagi la yang besar. Kita sebenarnya asyik dalam leadaan menyerang je. Ye menyerang, asyik cari dan cari duit tapi takda pula nak buat pertahanan. Aku ni bukan la terer pun dalam hal-hal kewangan ni. Tapi dari apa yang aku tau dari pembacaan dan pemerhatian aku. Ada banyak cara nak save dit ni. Nak tau tak? hehe Kalo korang nak tambah lagi bagus.

Antaranya adalah:
  1. Macam biasa la, bila dah dapat duit kena la simpan sket. Simpan dalam tabung ke, bank ke, simpan dalam tabung kebajikan ke (untuk akhirat..). Tak kisah,asal simpan. Macam orang kata:
    sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
  2. Hidup ni hendak lah kita sentiasa berjimat-cermat. Jangan asal dapat duit gaji je seminggu lepas tu dah pinjam dari kawan. Macam mana ni? Silap hari bulan hutang ngan klwan pun bertimbun-timbun. Jangan sampai hilang kawan sudah la...
  3. Dalam kita seronok pergi membeli belah masa-masa perayaan ni. Inagt-ingat la yang duit kita tu terhad. Jadi bandingkan la dulu harga barang-barang yang nak kita beli. Untuk masa camni. Orang pompuan la yang expert. Kaki macam kaki robot, jalan je kerje nye. Ingat bandingkan harga,
  4. Lagi satu, Buat la senarai barang yang nak kita beli supaya tak la nanti terlebih beli. Terkurang beli takpe.
  5. Kalo korang tengik 3R aritu tentang tip membeli barang mahal. Mula-mula tengok harga dulu. Pastu balik umah dulu. Fikir dalam-dalam samaada benda tu penting ke untuk kita. Kadang-kadang kita tak dapat fikir dengan rasional bila kat tempat membeli-belah ni.
  6. Masa aku beli buku Azizi Ali dulu. Aku terbaca satu tip lagi. Iaitu kita ni hidup hendaklah di bawah kemampuan. Kalo hidup sama taraf dengan kemampuan pun masalah gak sebab takda apa lagi yang tinggal untuk kita. Semua dah habis dbelanjakan. Bila di bawah ni adalah juga tak banyak sedikit untuk disimpan nanti.
Em..apa lagi ek? Kalo korang ada idea. Sila la tambah untuk dikongsi bersama. Mungkin nanti aku leh tambah lagi ok :)

No comments: